Media Vinland Saga

Anime

Pada tanggal 19 Mac 2018, Twin Engine mengumumkan adaptasi anime Vinland Saga yang ditugaskan bersama Wit Studio, Production I.G dan Kodansha disutradarai Shūhei Yabuta dengan Hiroshi Seko sebagai penulis adegan babak, Takahiko Abiru sebagai pereka watak[5] dan Yutaka Yamada sebagai penggubah muzik.[6] Siri ini mula ditayangkan 7 Julai 2019 dengan tiga episod perdana sekaligus dan berakhir pada tanggal 29 Disember tahun sama keselurahan berjumlah 24 episod di NHK General TV;[7][8] siaran episod 10 yang sepatutnya pada 8 September 2019 terpaksa ditunda akibat bencana Taufan Bōsō/Faxai kepada 15 September 2019[9][10] manakala episod 18 dirancang tanggal 17 November 2019 terpaksa ditunda memberi ruang kepada siaran langsung Kejohanan Olahraga Dunia.[11]

Lagu tema pembuka pertamanya adalah "MUKANJYO." yang dibawakan oleh Survive Said The Prophet, sementara lagu tema penutupnya bertajuk "Torches" yang dinyanyikan oleh Aimer.[12][13] Lagu tema pembuka kedua adalah "Dark Crow" yang dibawakan oleh Man with a Mission, sementara lagu tema penutup kedua berjudul "Drown" dinyanyikan oleh milet.[14][15]

Rujukan

WikiPedia: Vinland Saga http://comicbook.com/2015/10/09/celebrate-leif-eri... http://www.crunchyroll.com/anime-news/2018/03/19-1... https://www.manga-news.com/index.php/report/Vinlan... https://archive.today/20210221234001/https://www.m... https://archive.today/20210222003630/https://www.c... https://www.cbr.com/real-viking-lore-inspired-vinl... http://www.animenewsnetwork.com/news/2018-08-20/vi... http://www.animenewsnetwork.com/news/2019-02-06/vi... http://www.animenewsnetwork.com/news/2019-06-01/vi... http://www.animenewsnetwork.com/news/2019-04-24/vi...